Hari
Pertama
"Ya
Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah
malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari
tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan
Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."
Hari
Kedua
"Ya
Allah, dekatkan aku kepada keredaanMu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta
balasanMu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan
Maha Pengasih"
Hari
Ketiga
“Ya Allah
limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku
daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang
kau turunkan, demi kemurahanMu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala
dermawan.”
Hari
Keempat
“Ya Allah
berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku
kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan
kemuliaanMu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindunganMu, wahai Tuhan Maha
Melihat.”
Hari
Kelima
“Ya Allah,
tempatkan aku di kalangan orang yangsentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku
hambaMu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang
mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan
yang Maha pengasih daripada segala pengasih.”
Hari
Keenam
“Ya Allah,
janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah
menyeksa ku dengan balasanMu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang
bolehmendatangkan kemurkaanMu, dengan anugerah dan bantuanMu, wahai kemuncak
keinginan orang yang berkeinginan.”
Hari
Ketujuh
“Ya Allah
bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku
daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan,
dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”
Hari
Kelapan
“Ya Allah,
berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan,
penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung
orang yang berharap.”
Hari
Kesembilan
“Ya Allah,
sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmatMu. Berilah aku petunjuk
dengan ajaran-ajaranMu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan
kecintaanMu, wahai harapan orang yang merindu.”
Hari
Kesepuluh
“Ya Allah,
jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan
orang yang menang di sisiMu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat
di sisi Mu. Dengan ihsanMu wahai tempat tuju orang yang memohon.
Hari
Kesebelas
“Ya Allah,
tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan
perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan
seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan
pertolongan”
Hari
Kedua Belas
Ya Allah,
hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian
kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan.
Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaanMu,
wahai penjaga orang yang takut.”
Hari
Ketiga Belas
“Ya Allah,
bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku
untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan
bergaul dengan orang baik, dengan bantuanMu wahai pengharap orang yang miskin.”
Hari
Keempat Belas
“Ya Allah,
jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada
kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan
malapetaka, dengan kemuliaanMu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”
Hari
Kelima Belas
“Ya Allah
limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada
ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamananMu wahai keamanan orang
yang takut.”
Hari Keenam
Belas
“Ya Allah,
berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan
orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan.
Lindungilah aku dengan rahmatMu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai
Tuhan sekalian alam.”
Hari
Ketujuh Belas
“Ya Allah,
tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai
Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai
yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan
salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”
Hari Kelapan Belas
“Ya Allah,
sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan
bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan
cahayaMu wahai penerang hati orang yang bijak.”
Hari
Kesembilan Belas“
Ya Allah,
penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah
kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi
petunjuk kepada kebenaran.”
Hari
Kedua Puluh
“Ya Allah,
bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka.
Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai
pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”
Hari
Kedua Puluh Satu
“Ya Allah,
berilah aku petunjuk untuk mendapat keredhaanMu. Janganlah engkau biarkan
syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku,
wahai pelaksana keperluan orang meminta.”
Hari
Kedua Puluh Dua
“Ya Allah,
bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah
kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan
aku dalam syurgaMu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”
Hari
Kedua Puluh Tiga
“Ya Allah
bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diriku daripada keaiban serta
tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang
berdosa.”
Hari
Kedua Puluh Empat
“Ya Allah,
aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaanMu. Aku berlindung
dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahanMu dan aku bermohon
kepada Mu kemampuan untuk mentaatiMu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu,
wahai pemberi kepada yang meminta.”
Hari
Kedua Puluh Lima
“Ya Allah,
jadikan aku orang yang menyintai auliya’Mu dan memusuhi musuhMu. Jadikan aku
pengikut sunnah nabiMu, wahai penjaga hati para Nabi.”
Hari
Kedua Puluh Enam
“Ya Allah,
jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai
dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku
sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua
pendengar.”
Hari
Kedua Puluh Tujuh
“Ya Allah,
berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara
sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta
kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”
Hari
Kedua Puluh Lapan
“Ya Allah,
penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya
semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang
meminta.”
Hari
Kedua Puluh Sembilan
“Ya Allah,
hiasilah aku dengan rahmatMu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu.
Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”
Hari
Ketiga Puluh
“Ya Allah,
jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima olehMu melalui jalan
keredaan Mu serta keredaan rasulMu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan
keberkatan, demi kenabian Muhamad SAW dan keluarga baginda yang suci dan segala
puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Fa