Hari Tasyrik
Nama rasmi
bahasa Arab: Ayyam At-Tashriq
Juga dikenali sebagai Hari Makan Minum
(Umat Islam diharamkan berpuasa ketika Hari Tasyrik)
Diraikan oleh
Umat Islam seluruh dunia, juga bukan
muslim di negara Muslim
Jenis
Perayaan agama
Kepentingan
Sebagai lanjutan kepada Hari Raya
Aidiladha, bagi memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. untuk
menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sebagai simbolik ketaatannya kepada Allah
SWT. Namun Allah SWT telah menggantikan bahan sembelihannya kepada kambing
biri-biri (kibas) dan mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih kibas
berkenaan.
Petanda berakhirnya musim Haji ke
Makkah.
Tarikh
11,12, 13 Zulhijjah
Sambutan
Penukaran kelambu Kaabah (Kiswah) pada 9
Zulhijjah, Menghias rumah, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, jamuan
makan, memberi hadiah, memakan pakaian baharu lagi bersih, balik kampung
Amalan Solat,
mengadakan ibadah korban iaitu menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya
Aidiladha atau Hari Tasyrik dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah
SWT. Binatang yang dibolehkan korban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan
kambing biri-biri (kibas). Memberi 1/3 daging kurban kepada jiran tetangga,
sahabat handai dan sedekahkan 1-3 bahagian daging kurban atau lebih kepada
orang miskin, fakir dan yang memerlukan. Daging, kulit, tanduk atau apa-apa jua
bahagian tubuh dari haiwan sembelihan tidak boleh dibuat jual beli kembali atau
bahan untuk urusniaga.
Berkaitan dengan
Haji, Umrah & Hari Raya Aidiladha
(sepuluh Zulhijjah)