Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)
Ahad, 30 Jun 2013
Sabtu, 29 Jun 2013
Jumaat, 28 Jun 2013
Tips Persiapan Menyambut Ramadan
1. Hadapi Ramadan Dengan Ilmu
2. Panaskan Badan Dengan Berpuasa Sunat Hari Isnin
3. Biasakan Untuk Tidur Dan Bangun Awal Sebelum Subuh
4. Sibukkan Diri Dengan Amal Ibadah
5. Mulakan Amalan Bersedekah Sedikit Demi Sedikit.
2. Panaskan Badan Dengan Berpuasa Sunat Hari Isnin
3. Biasakan Untuk Tidur Dan Bangun Awal Sebelum Subuh
4. Sibukkan Diri Dengan Amal Ibadah
5. Mulakan Amalan Bersedekah Sedikit Demi Sedikit.
Rabu, 26 Jun 2013
Ketahuilah Wahai Wanita : 10 Perkara Yang Dibenci Lelaki
1)
TERLALU MENGADA-NGADA
Kalau manja tu boleh terima lagi,
tetapi kalau dah boleh di gelar ‘mengada-ngada’ jangan kata lelaki agak-agaknya
kawan di sekeliling kamu pun akan muak dengan sifat mu itu!
2)
SUKA MENGAWAL KEADAAN
Ada sahaja yang tak kena, itu tak
boleh ini tak boleh, arghhhh rimasnya! Sejujurnya lelaki paling rimas dengan
perempuan yang suka mengawal keadaan kerana keegoaan seorang lelaki akan tercabar
bila ada pihak lain yang cuba menjadi ‘lelaki’ selain dari dirinya.
3)
SUKA MEMAKSA DAN MENDESAK
“Hahhh elok lah tu tak nak approve
relationship kat facebook! Hahh takut kantoi lah kan! Takut hilang market
kan?!”. Mungkin bagi kamu ia PERLU, tetapi tidak bagi lelaki. Bagi mereka
banyak lagi pekara yang penting untuk di lakukan selain daripada approve status
kamu berdua di facebook. Lagi pun tidak semestinya jika si dia tidak approve
permohonan kamu itu bermakna si dia memang tidak mahu semua orang tahu tentang
kehadiran kamu. Mungkin si dia segan jika ibubapanya melihat statusnya di
facebook. Jadi jangan terlalu suka memaksa dan mendesak!
4)
SIKIT-SIKIT MENGUGUT
Bila bergaduh, ada sahaja yang di
ugutnya. Nak putuskan hubungan lah, nak telan pil lah ini lah itu lah mungkin
bagi setengah perempuan ia seakan ‘umpan’ tetapi percaya lah bagi lelaki ia
adalah nightmare dalam hidupnya
5)
BANYAK MUSUH & SUKA BERGADUH!
Lelaki paling menyampah
dengan perempuan yang suka bergaduh dan mengumpul musuh. Bagi mereka, perempuan
seperti ini tidak layak untuk di gelar isteri.
6)
MEMBOSANKAN!
Pernah dengar perkataan girls
just wanna have fun ? hahhhhh jangan salah sangka! Bukan perempuan sahaja
yang nak have fun! Lelaki pun macam tu juga. Jadi mereka memang suka
berdamping dengan perempuan yang pandai berseronok dan menghiburkan hatinya.
Oleh itu, jangan salahkannya jika satu hari nanti si dia akan melepaskan kamu
hanya kerana kamu sangat membosankan.
7)
GOLONGAN PISAU CUKUR
Tidak di nafikan, lebih cool jika
lelaki yang belanja makan, menonton wayang, dan penuhi apa sahaja keinginan mu,
tetapi kalau sampai kamu minta seutas jam mahal yang beharga RM100 keatas itu
bukan cool namanya, itu dah mengambil kesempatan! Silap-silap ada yang di panggil
pisau cukur!
8)
MUDAH MENANGIS
‘Air mata’ seorang perempuan adalah
senjata yang paling utama untuk melemahkan seorang lelaki, namun jika sering di
gunakan siapa yang tahan. Lelaki memang tak suka seorang perempuan yang berhati
‘tisu’, bagi mereka perempuan seperti ini terlalu lemah dan mengada-ngada!
Mereka lebih gemarkan perempuan yang kuat dan tabah!
9)
TERLAMPAU CEREWET DAN MEMILIH
Amboiii bukan main demand lagi ya
kamu! Nak makan di tempat mahal sahaja. Jangan begitu, ada sesetengah lelaki
yang tidak gemar pasangannya yang terlampau cerewat dan memilih. Tiada salahnya
jika sekali-sekala kamu berdua makan di tempat-tempat biasa.
10) SELEKEH
Macam mana cantik sekali pun muka
kalau selekeh lelaki memang tidak suka. Ia menggambarkan kamu seorang yang
tidak mementingkan kebersihan. Mereka akan mengandaikan kamu seorang yang
pengotor! Memalukan bukan ? jadi ubah penampilan mu, biar nampak simple
dan biasa tetapi jangan sampai selekeh!
Ahad, 23 Jun 2013
Kisah & Amalan Di Malam Nisfu Sya'ban
1.
Sekarang kita berada di
bulan Nisfu Sya’ban. Bulan sya’ban adalah terletak antara dua bulan iaitu bulan
rejab yang merupakan bulan haram dan bulan ramadhan yang merupakan bulan mulia
dan bulan Al Quran di turunkan.
2.
Bulan Sya’ban merupakan
bulan yang Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat berbanding dengan bulan-bulan
lain. Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah:
“ Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan
lain seperti mana engkau berpuasa di bulan sya’ban.” Baginda menjawab, “ ia
adalah bulan yang dilupa oleh kebanyakan manusia iaitu bulan antara Rejab dan
Ramadhan. Ia merupakan bulan amalan manusia di angkat kepada Tuhan sekelian
alam, dan aku suka amalan aku di angkat dalam keadaan aku berpuasa.
3.
Sebagaimana ada riwayat yang sahih menyatakan
bahawa baginda berpuasa hari isnin dan khamis setiap minggu. Didalam setengah
hadis baginda telah ditanya tentang berpuasa tentang rahsia tentang berpuasa
tentang hari isnin dan khamis, baginda menjawab: “ Pada kedua hari ini amalan hamba
di bentangkan kepada Tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku dibentangkan
dalam keadaan aku berpuasa.
4.
Hari ini adalah 14hb. Sya’ban dan esok adalah
hari pertengahan bulan sya’ban. Malam ini adalah malam nisfu Sya’ban .Atau
banyak hadith-hadith yang telah menceritakan tentang kelebihan malam nisfu
sya’ban. Antara hadith itu adalah sebuah hadith hasan yang telah diriwayatkan
oleh Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Allah sentiasa melihat kearah semua
makhluknya pada malam nisfu sya’ban lalu mengampunkan semua makhluknya
melainkan orang syirik dan orang yang bermusuhan.”
5.
Allah sentiasa
memerhatikan makhluknya dengan pandangan yang lembut dan di sertai dengan
keampunan. Akan tetapi pemerhatian pada malam ini adalah pemerhatian yang di
sertai dengan belas kasihan dan keampunan serta perhatian yang istimewa.
6.
Tentang dosa syirik Allah telah menjelaskan
pada ayat Nya :
Ertinya ; “Allah tidak akan mengampunkan dosa
orang yang mensyirikkan Nya dengan sesuatu dan dia akan mengampunkan dosa
selain dari perbuatan syirik bagi sesiapa yang di kehendakiNya
(an – Nisa :
116)
7.
Manakala orang yang mempunyai permusuhan,
perkelahian, memutuskan tali persaudaraan adalah terhalang dari mendapat
keampunan. Allah akan menangguhkan keampunan dari kedua orang yang bermusuhan
itu sehinggalah mereka berbaik-baik semula.
8.
Pintu keampunan Allah adalah juga tertutup
bagi mereka yang mengotorkan hati mereka dengan perasaan dengki. Mereka adalah
merupakan orang yang tidak berdoa dengan doa :
Ertinya:“Wahai Tuhan kami ampunkan lah kami
dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan dan
janganlah Engkau jadikan didalam hati kami rasa dengki terhadap orang-orang
yang beriman . Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun lagi
Maha Pengasihani..
(al – Hasyr : 10)
9.
Seperkara lagi yang di kaitkan dengan malam
nisfu sya’ban ini adalah satu peristiwa yang berlaku dalam tahun kedua Hijrah
iaitu peralihan kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Baginda Rasulullah
telah mengimpikan dalam dirinya supaya dia dapat mengadap kearah kiblat bapanya
Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang telah membina rumah Allah itu. Dan
Nabi Muhammad S.A.W adalah pewaris dan pengikut agama Nabi Ibrahim. Firman
Allah
Ertinya; " Kami akan melihat
muka engkau terngadah kelangit, maka kami palingkan engkau kearah kiblat yang engkau suka…..”(an – Nahl :
123)
Allah telah menunaikan apa yang
di kehendaki oleh baginda. Allah telah menurunkan firman Nya:
Ertinya; “ Kami telah melihat
muka engkau terngadah kelangit, maka kami palingkan engkau ke arah kiblat
yang engkau suka…..”(al – Baqarah : 144)
10. Peristiwa pertukaran arah
kiblat ini adalah juga merupakan salah satu rahsia ujian Allah terhadap manusia
sebagaimana firman Nya:
Ertinya ; “ Dan kami tidak
menjadikan (kamu mengadap) kearah kiblat yang kau hadapkan muka hari ini
melainkan Kami ingin tahu siapakah yang mengikut Rasul dan siapa pula yang berpaling tadah tidak
mengikutnya.” (al – Baqarah : 143)
11. Antara amalan-amalan di
malam nisfu sya’ban ialah bacaan surah yasin,istiqarah,sembahyang malam,berselawat
dan lain amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah.
12. Akhirnya samalah kita
mengambil pengajaran malam nisfu sya’ban dimana Allah mengampunkan
dosa setiap hambaNya yang tidak
mensyirikkanNya dengan sesuatu yang lain dan kecuali seorang
ada permusuhan dengan saudaranya
yang lain.
Dalam sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dan sahihnya ada dinyatakan : Tiga golongan yang sembahyang
mereka tidak akan diangkat walaupun sekadar sejengkal iaitu lelaki yang
mengimankan sembahyang satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya,perempuan yang
suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya dan dua orang saudara yang bermusuhan antara satu
sama lain.
Sama-samalah kita
memperbanyakkan amalan kita dimalam ini dan berpuasa pada keesokkan hari
bagi
mereka yang mampu.
يطلع الله تبارك وتعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع
خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
“Allah melihat kepada
hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya
kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Amalan
Pada Malam Nisfu Sya`ban.
Apabila telah selesai solat Maghrib, hendaklah membaca surah
Yasin dengan diulang sebanyak 3 kali, iaitu :
1. Bacaan pertama surah Yasin dengan niat memohon dipanjangkan
umur dalam mentaati Allah SAW. Setelah selesai bacaan yang pertama,bacalah doa
‘Nisfu Sya’ban’.
2. Bacaan kedua surah Yasin dengan niat memohon agar Allah Azza
Wajalla memberikan rezeki yang halal lagi diberkati.Kemudian setelah selesai
bacaan yang kedua, bacalah doa ‘Nisfu Sya’ban’.
3. Bacaan untuk kali ketiga pula dengan niat memohon agar
ditetapkan iman kita serta apabila mati kelak,tergolong dalam golongan
hamba-Nya yang ‘mati dalam iman’. Bacaan kali ketiga ini juga diteruskan dengan
membaca doa ‘Nisfu Sya’ban’.
** Sayugia di ingatkan,
walaupun surah Yasin tersebut dibaca sebanyak 3 kali, setiap bacaan
hendaklah secara serentak mengikut Imam
Langgan:
Ulasan (Atom)

