Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya:
“Kami pernah bersahur
bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan
solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di
antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”.
Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.
(HR al-Bukhari dan Muslim)
Pengajaran Hadis:
1. Orang yang hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.
2. Jarak yang paling afdhal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat al-Quran.
3. Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa
orang-orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah dengan makan sahur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan