Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai
manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu
dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang
yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan
harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah
kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah
bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu
segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai
Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai
hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka
mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam susana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai
Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan
tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji
sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim
yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang
lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,
bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan
sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai
Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus
mendengar dariku.
Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan