1)
TERLALU MENGADA-NGADA
Kalau manja tu boleh terima lagi,
tetapi kalau dah boleh di gelar ‘mengada-ngada’ jangan kata lelaki agak-agaknya
kawan di sekeliling kamu pun akan muak dengan sifat mu itu!
2)
SUKA MENGAWAL KEADAAN
Ada sahaja yang tak kena, itu tak
boleh ini tak boleh, arghhhh rimasnya! Sejujurnya lelaki paling rimas dengan
perempuan yang suka mengawal keadaan kerana keegoaan seorang lelaki akan tercabar
bila ada pihak lain yang cuba menjadi ‘lelaki’ selain dari dirinya.
3)
SUKA MEMAKSA DAN MENDESAK
“Hahhh elok lah tu tak nak approve
relationship kat facebook! Hahh takut kantoi lah kan! Takut hilang market
kan?!”. Mungkin bagi kamu ia PERLU, tetapi tidak bagi lelaki. Bagi mereka
banyak lagi pekara yang penting untuk di lakukan selain daripada approve status
kamu berdua di facebook. Lagi pun tidak semestinya jika si dia tidak approve
permohonan kamu itu bermakna si dia memang tidak mahu semua orang tahu tentang
kehadiran kamu. Mungkin si dia segan jika ibubapanya melihat statusnya di
facebook. Jadi jangan terlalu suka memaksa dan mendesak!
4)
SIKIT-SIKIT MENGUGUT
Bila bergaduh, ada sahaja yang di
ugutnya. Nak putuskan hubungan lah, nak telan pil lah ini lah itu lah mungkin
bagi setengah perempuan ia seakan ‘umpan’ tetapi percaya lah bagi lelaki ia
adalah nightmare dalam hidupnya
5)
BANYAK MUSUH & SUKA BERGADUH!
Lelaki paling menyampah
dengan perempuan yang suka bergaduh dan mengumpul musuh. Bagi mereka, perempuan
seperti ini tidak layak untuk di gelar isteri.
6)
MEMBOSANKAN!
Pernah dengar perkataan girls
just wanna have fun ? hahhhhh jangan salah sangka! Bukan perempuan sahaja
yang nak have fun! Lelaki pun macam tu juga. Jadi mereka memang suka
berdamping dengan perempuan yang pandai berseronok dan menghiburkan hatinya.
Oleh itu, jangan salahkannya jika satu hari nanti si dia akan melepaskan kamu
hanya kerana kamu sangat membosankan.
7)
GOLONGAN PISAU CUKUR
Tidak di nafikan, lebih cool jika
lelaki yang belanja makan, menonton wayang, dan penuhi apa sahaja keinginan mu,
tetapi kalau sampai kamu minta seutas jam mahal yang beharga RM100 keatas itu
bukan cool namanya, itu dah mengambil kesempatan! Silap-silap ada yang di panggil
pisau cukur!
8)
MUDAH MENANGIS
‘Air mata’ seorang perempuan adalah
senjata yang paling utama untuk melemahkan seorang lelaki, namun jika sering di
gunakan siapa yang tahan. Lelaki memang tak suka seorang perempuan yang berhati
‘tisu’, bagi mereka perempuan seperti ini terlalu lemah dan mengada-ngada!
Mereka lebih gemarkan perempuan yang kuat dan tabah!
9)
TERLAMPAU CEREWET DAN MEMILIH
Amboiii bukan main demand lagi ya
kamu! Nak makan di tempat mahal sahaja. Jangan begitu, ada sesetengah lelaki
yang tidak gemar pasangannya yang terlampau cerewat dan memilih. Tiada salahnya
jika sekali-sekala kamu berdua makan di tempat-tempat biasa.
10) SELEKEH
Macam mana cantik sekali pun muka
kalau selekeh lelaki memang tidak suka. Ia menggambarkan kamu seorang yang
tidak mementingkan kebersihan. Mereka akan mengandaikan kamu seorang yang
pengotor! Memalukan bukan ? jadi ubah penampilan mu, biar nampak simple
dan biasa tetapi jangan sampai selekeh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan