Lelaki yg senang mengalirkan airmata adalah seorang lelaki yang kuat...kerana ia sedar dan menyesal akan segala kesilapannya yang lalu.
Lelaki yang mudah menitiskan airmata adalah seorang lelaki yang berhati lembut, amat jujur serta seorang yang sangat penyayang...kerana tidak semua lelaki yang mampu berbuat sedemikian lantaran perasaan ego yang menguasai diri mereka
Airmata yang gugur dari mata seorang insan yang bergelar lelaki bukanlah kerana dia lelaki yang lemah...akan tetapi ianya kerana dia sentiasa sedar bahawa dia hanyalah seorang hamba Yang Maha Kuasa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan