Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau ‎kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh ‎yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat ‎keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang ‎Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)‎

Sabtu, 26 November 2011

Pesanan Buat Lelaki

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati , fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri, atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok utk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka pada Allah, zat yang kekal dan disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu, hati separuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah jiwa mereka dengan sifat-sifat murni kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Allah. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun mereka tidak bergelar ratu cantik dunia, presiden atau perdana menteri.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Itu bukan dikriminasi Tuhan sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan.
Jangan mengharapkan isterimu seperti Siti Fatimah kalau keperibadianmu belum lagi seperti Sayyidina Ali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan