Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau ‎kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh ‎yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat ‎keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang ‎Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)‎

Selasa, 12 April 2011

‎10 PERINGATAN BUMI‎

Untuk peringatan pada kita semua yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya ‎palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ‎ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia ‎dengan sepuluh perkara;

‎1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ‎ke dalamnya kelak.

‎2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di ‎dalam perutku.

‎3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

‎4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam ‎perutku.

‎5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di ‎dalam perutku.

‎6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan ‎dimakan oleh ulat di dalam perutku.

‎7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

‎8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di ‎dalam perutku dalam keadaan dukacita.

‎9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, ‎tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

‎10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan ‎keseorangan di dalam perutku.‎

Tiada ulasan:

Catat Ulasan