1. Hari Paling Mulia
Hari Jumaat adalah hari yang paling
utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang
terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
Allah SWT ciptakan Adam
Alaihissallam
Nabi Adam alaihissallam dimasukkan
ke dalam syurga.
Nabi Adam alaihissallam diturunkan
dari syurga menuju bumi.
Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
Hari Jumaat juga merupakan
hari akan berlakunya Qiamat.
.
2. Hari Bagi Kaum Muslimin
Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya
Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk
mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi
wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa
3. Penghulu Segala Hari
Hari Jumaat adalah hari yang
teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya
lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah صلى
الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu
segala hari (sebaik-baik hari).
4. Hari Kebesaran Mingguan
Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat
adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu
berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari
ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang
hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.”
(HR. Ibnu Majah)
5. Hari Perhimpunan
Bagi Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang
difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang
perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal
ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada
saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada
saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat
Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir
solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan
Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji
telur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan