Pengertian
Rejab
bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud
bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah
menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia
dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang
di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan
mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi
umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena
dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW
iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj
Peristiwa - Peristiwa Penting
1.Hijrah
Pertama
Hijrah
ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan
tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka
yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu.
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah
SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah
SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri
Habsyah.
Tujuan
hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan
diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam
bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya.
Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina
Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW.
Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita.
Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan
toleransi dan sikap terbukanya.
2.
Perang Tabuk
Tabuk
adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di
Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan
30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran
kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut
dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam
yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran
3.
Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar
Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian
dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah,
umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan
demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya
dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500
tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib
telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum
dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin
Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul
Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat,
27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H
umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin)
dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
4.
Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama
sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau
lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan
767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah
seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia
Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara
peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya
dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab
al-Umm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan