Adakalanya kita berada dalam situasi di mana saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, kita berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman;
NAFSU: Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kita!
AKAL WARAS: Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.
IMAN: Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah. Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi. Ada hikmah semua ni terjadi. Allah nak kita jadi lebih sabar. Sabarlah. Makin sabar, makin Allah sayang...
Justeru...manakah pilihan yang dipilih ketika SABAR kita diuji...?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan