Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta sesame manusia ertinya fitrah alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian percintaan. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup agar dapat mengecapi destinasi pengembaraan cinta yakni alam perkahwinan.
Rindu adalah suatu nikmat cinta yang amat bahagia adalah kerana kerinduan itu sebahagian dari nafas cinta,
Rindu juga adalah suatu deritayang amat kejam kerana ia dapat membuat seseorang ‘mati walau masih bernyawa’
Terburu buru dan perasaan amarah ketika membuat pilihan sering dianggap tiket menempah kehancuran cinta. Tetapi jiwa nan tenang, yakin dengan semangat diri dan usaha bersama biasanya berakhir dengan kebahagiaan serta membentuk keperimanusiaan yang mulia
cinta merupakan sesuatu perkataan yang sukar untuk dilafazkan.mungkin dengan sikap yang terlalu ego membuatkan seseorang sukar untuk menerima cinta sedangkan hati mengatakan ‘aku cinta pada mu’…kenapa perlu ada perasaan begitu…kenapa lidah terkelu untuk mengatakan cinta…
Adakalanya kita tewas pertahankan cinta kita hanya kerana tipu helah dan fitnah domba orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang cintamu,yang ingin melihat kita dan kekasih kita menderita menyesali kehilangan cinta sepanjang hayat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan