Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau ‎kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh ‎yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat ‎keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang ‎Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)‎

Jumaat, 25 November 2011

Kisah Cinta Sejati

Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan
Cinta tanpa pengorbanan dan bertimbang rasa adalah suatu pengkhianatan.
Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti bahagia

Cinta pada Pencipta kerana kita adalah ciptaan-Nya.
Cinta terhadap seorang insan disebabkan perasaan yang dicipta-Nya
Cinta sejati tidak kenangi kesedihan dan kesakitan lalu

Sebaliknya cinta sejati seringkali mencari dan menanti bahagia mendatang
Lantaran itu lemparkan jauh egomu untuk memaafkan
Terimalah dirinya seadanya andai dihati masih berbunga cinta padanya

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman

Mengapa diharap suami setampan Yusuf
Andai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Cinta itu kuasa magis kerana mampu buat seseorang melakukan
sesuatu yang tidak terfikir dek akal.
Qois mati mendakap nisan Laila,
Rama sanggup berkorban apa saja demi Sita,
Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai bukti cinta kepada isterinya,

Cinta takkan pernah kehabisan kata untuk menggambarkannya
Tiada waktu yang mencukupi disaat terkenang memori cinta
Kisah Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet lambang
Kuasa Cinta Sejati…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan